Sunday, 24 November 2019

PERUMAHAN MAKMUR KAMPUNG TIRAM

Rumah Makmur

KUANTAN, 24 NOVEMBER 2019 : Konsep rumah teres bertiang adalah kelainan yang ditampilkan oleh kerajaan negeri Pahang bagi Projek Perumahan Makmur yang di bina di Kampung Tiram di sini.

Rumah yang mempunyai ruang bawah rumah ini dapat menempatkan ruang tempat letak kereta dan boleh dijadikan ruang santai oleh pemilik rumah.

Namun demikian, kerajaan negeri tidak membenarkan sebarang binaan tambahan dilakukan terhadap ruang bawah rumah ini dan tindakan meroboh atau rampasan akan dilakukan sekiranya pemilik ingkar.

Rumah seluas 800 kaki persegi yang mempunyai tiga buah bilik dan dua bilik air ditawarkan kepada orang ramai dengan harga RM80,000 seunit dijangka siap pada 2022.

Sebanyak 635 unit Rumah Makmur akan dibina dengan keluasan keseluruhan tanah seluas 1,100 kaki persegi oleh pemaju Zon Majuria Sdn. Bhd dengan ketinggian 5.5 meter daripada aras laut di tanah seluas 40.46 hektar ini.

Rumah Makmur ini dibina bagi memenuhi keperluan golongan sasaran yang berpendapatan sederhana rendah iaitu mereka yang berpendapatan RM5,000 ke bawah bagi satu isi rumah di negeri ini.

Sumber: UKOMP



No comments:

Post a Comment