Thursday, 28 November 2019

Pekan Sungai Lembing banjir..





Artikel ini disiarkan pada 28 Nov 2019

KUANTAN 28 NOVEMBER 2019: Paras air Sungai Lembing berada pada paras bahaya, yang mendedahkan kawasan rendah dilimpahi air sungai.
Berdasarkan rujukan pada laman web infobanjir.water.gov.my menunjukkan paras air di sungai berkenaan pada jam 10 malam adalah  37.72 meter (m) (paras normal 32 m).
Peningkatan paras air itu berpunca hujan berterusan, kadang kala lebat bermula petang semalam dan dijangka paras air sungai berkenaan akan terus meningkat.
Difahamkan, penduduk di sekitar pekan Sungai Lembing mula memindahkan barang di tempat yang lebih tinggi berikutan beberapa kawasan di situ sudah dinaiki air.
Berdasarkan tinjauan di media sosial Facebook, pengguna berkongsi keadaan Pekan Sungai Lembing yang mula dinaiki air selain gambar serta video penduduk memindahkan barang.
Difahamkan juga, pihak berkuasa juga kini dalam keadaan bersiap sedia menjalankan tinjauan dan pemantauan untuk tujuan persiapan awal serta menjalankan tugas-tugas penyelamatan jika berlaku banjir dan limpahan air sungai.


Sumber : Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)
#RodongKoi
#KerajaanNegeriPahang
#UKOMP
#MajuTerusPahang
#Pahang1st

Sunday, 24 November 2019

TINGGALKAN MAYAT DI MASJID


MAYAT wanita warga emas ditemui di perkarangan masjid di Taman Hulu Kelang, Ampang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada jururawat, 6.23 pagi tadi.
“Hasil siasatan mendapati mangsa dianggarkan berusia lingkungan 60-an dan disyaki bukan warga tempatan.
“Mangsa ditemui lengkap berpakaian dengan memakai kemeja T berwarna hitam serta kain batik dan dalam keadaan baring,” katanya dalam kenyataan, di Ampang, hari ini.
Noor Azmi berkata, tiada kecederaan ditemui pada mangsa dan tiada sebarang dokumen bersamanya.
“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat kenderaan putih disyaki jenis Perodua Alza masuk ke kawasan masjid pada 4.24 pagi tadi dan keluar selang tiga minit kemudian..
“Kenderaan itu disyaki digunakan bagi menghantar mayat berkenaan ke kawasan masjid terbabit,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.
“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Balai Polis Hulu Klang di talian 03 42573322,” katanya.

PERUMAHAN MAKMUR KAMPUNG TIRAM

Rumah Makmur

KUANTAN, 24 NOVEMBER 2019 : Konsep rumah teres bertiang adalah kelainan yang ditampilkan oleh kerajaan negeri Pahang bagi Projek Perumahan Makmur yang di bina di Kampung Tiram di sini.

Rumah yang mempunyai ruang bawah rumah ini dapat menempatkan ruang tempat letak kereta dan boleh dijadikan ruang santai oleh pemilik rumah.

Namun demikian, kerajaan negeri tidak membenarkan sebarang binaan tambahan dilakukan terhadap ruang bawah rumah ini dan tindakan meroboh atau rampasan akan dilakukan sekiranya pemilik ingkar.

Rumah seluas 800 kaki persegi yang mempunyai tiga buah bilik dan dua bilik air ditawarkan kepada orang ramai dengan harga RM80,000 seunit dijangka siap pada 2022.

Sebanyak 635 unit Rumah Makmur akan dibina dengan keluasan keseluruhan tanah seluas 1,100 kaki persegi oleh pemaju Zon Majuria Sdn. Bhd dengan ketinggian 5.5 meter daripada aras laut di tanah seluas 40.46 hektar ini.

Rumah Makmur ini dibina bagi memenuhi keperluan golongan sasaran yang berpendapatan sederhana rendah iaitu mereka yang berpendapatan RM5,000 ke bawah bagi satu isi rumah di negeri ini.

Sumber: UKOMP



Wednesday, 20 November 2019

Check in Wang lebih setengah Juta..





Sebahagian anggota polis yang menerima penghargaan berikutan intergriti mereka dalam menyelesaikan kes.



MELARIKAN wang tunai sebanyak RM600,000 dan menyimpannya di dalam bilik sebuah hotel yang didaftar masuk untuk tempoh seminggu.
Tindakan licik empat pekerja sebuah syarikat kawalan keselamatan di Raub itu kononnya untuk mengaburi mata pihak berkuasa selepas melakukan jenayah itu, pada 14 November lalu.
Namun, hasrat empat lelaki itu untuk berjoli dengan wang berkenaan tidak kesampaian apabila mereka diberkas dalam tempoh 24 jam.
Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, keempat-empat suspek ditugaskan untuk menghantar hasil kutipan harian berjumlah RM2.8 juta dari sebuah bank di bandar berkenaan ke ibu pejabat syarikat kawalan keselamatan itu di Kota Damansara, Selangor untuk tujuan penyimpanan.
Katanya, wang tunai itu diletakkan di dalam 10 beg kecil dan ia disimpan di dalam empat beg kanvas.
Bagaimanapun, ketika juruaudit melakukan semakan pada keesokan harinya, dia mendapati satu beg kecil yang mengandungi wang tunai RM600,000 didapati hilang.
“Pasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub bertindak mengesan suspek sebelum berjaya menahan mereka jam 12 tengah hari pada hari sama di beberapa lokasi di daerah itu.
“Kita juga menemui semula wang tunai sebanyak RM599,300 yang disimpan di dalam dua beg galas dan diletakkan di dalam almari bilik sebuah hotel,” katanya dalam sidang media, hari ini.
Beliau berkata, siasatan mendapati suspek mengambil wang RM700 daripada keseluruhan wang yang dilarikan itu untuk membayar bilik hotel berkenaan.
Katanya, suspek turut berpesan kepada pihak pengurusan hotel itu supaya tidak membersihkan bilik berkenaan sepanjang tempoh tujuh hari bilik itu didaftar masuk.
“Siasatan awal mendapati semua suspek tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menghantar wang tunai itu ke Kota Damansara dengan berhenti sebanyak dua kali iaitu mengisi minyak dan menerima beg lain dari cawangan syarikat itu di Bentong.
“Kesemua suspek yang berusia antara 21 hingga 51 tahun itu baru bekerja dengan syarikat berkenaan kira-kira empat bulan dan kita percaya dua daripada mereka adalah perancang utama dalam kejadian berkenaan,” katanya.
Semua suspek direman sehingga 22 November ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

SUMBER : Harian Metro Online


Sunday, 17 November 2019

CERITA SERAM RODONG KOI

CERITA SERAM RODONG KOI

Bukit Tinggi di Pahang sudah lama terkenal dengan tarikan pelancongannya yang popular yang meliputi kawasan hutan tropika dan merupakan sebuah destinasi percutian dingin yang terletak hanya 60 minit sahaja masa memandu dari Kuala Lumpur.

Dengan suasana yang nyaman dan pemandangan yang bakal menenangkan fikiran, pengalaman bercuti di Bukit Tinggi Pahang adalah suata yang harus dirasai bersama keluarga, khususnya mereka yang gemar bergambar.

Tetapi tidak ramai tahu bahawa Bukit Tinggi juga menyimpan sebuah rahsia berkenaan kisah-kisah mistik dan Rodong Koi akan berkongsi kisah pengalaman mereka yang pernah mengalaminya.

Seorang jurutera yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 34 berkata dia pernah mengalami gangguan ketika menetap di sebuah hotel di Bukit Tinggi tetapi tidak mendedahkannya di mana lokasi sebenar kejadian

Insiden seram itu berlaku ketika dia bersama rakannya ingin menghadiri sebuah motivasi kem di kawasan tersebut dan mula diggangu pada malam kedua.

"Hotel yang kami tinggal memang cantik namun dikelilingi oleh hutan-hutan yang jauh dari masyarakat. Malam pertama memang rasa seperti diperhatikan namun Alhamdulillah kami lena.

"Namun bila masuk malam kedua, kami mula dikacau ketika sedang menonton TV. Sedang asyik tengah layan filem Hindustan tiba tiba screen menjadi gelap.

"Pada mulanya aku tak syak tapi bila terdengar orang mengetuk pintu di luar pukul 2 pagi aku dan kawan aku mula seram sejuk. Aku pun berani kan diri untuk membuka pintu tapi bayangkan tiada orang.

"Aku apa lagi aku terus meloncat atas katil dan selepas itu, kami terlihat satu kain putih dgn rambut panjang mengilai di tepi tingkap yang kami pula lupa nak tutup langsir. Terus kami tarik selimut dan tak ambil peduli apa yang berlaku sehingga kami tertido dalam keadaan ketakutan, "katanya

Namun, apa yang dialami oleh Ahmad dan teman sebiliknya bukan mereka sahaja yang terkena gangguan tersebut malah ada beberapa rakan sekerjanya turut mengalaminya.

"Kami pun ambil keputusan check out terus dalam pukul 11 pagi namun bila tiba di lobby ramai yang dah mula juga untuk keluar daripada hotel.

"Rupanya ramai yang kena kacau malam tadi, ada yang paling seram kena kacau dengan pocong, dia ketuk pintu muncul di depan, nasib lah kami tak terkena begitu," katanya.

Kalau admin, koi cabut dulu geng...

#RodongKoi


Thursday, 14 November 2019

2 REMAJA BAWAH UMUR DIHADAPKAN KE MAHKAMAH BAGI MEMBANTU KES BUNUH PELAJAR TAHFIZ





 TEMERLOH - Dua remaja bawah umur dihadapkan di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar pusat tahfiz di Kuala Kaung, Lanchang pada 7 November lalu.

Kedua-dua tertuduh yang berusia 13 tahun itu memahami pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Ti Pei Si.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya,Iffa Izzatie Mutalib manakala prosiding dijalankan secara tertutup dan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada Mohammad Aimin Nurul Amin, 7 di dalam asrama Madrasah Maahad Tahfiz Nahfah Syubban Addiniyah, Kampung Kuala Kaung, Lanchang.

Kedua-dua tertuduh yang dihadapkan di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini.
Kedua-dua tertuduh yang dihadapkan di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini.

Kejadian berlaku di antara jam 11 pagi hingga 1.30 tengah hari pada 7 November lalu.

Pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dan dibacakan bersama Seksyen 34 KK yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada 8 November lalu negara dikejutkan dengan kematian Mohammad Aimin yang juga pelajar termuda di tahfiz terbabit selepas mangsa ditemukan dalam keadaan tidak bermaya oleh warden pusat tersebut.

Hasil bedah siasat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat trauma pada dada dan abdomen oleh permukaan atau objek tumpul.

Sumber: Sinar Harian Online




Friday, 25 October 2019

LENSA, PAHANG FA VS KEDAH (GELAGAT PENYOKONG)


Admin kagum dengan semangat penyokong Pahang....Sanggup beratur sejak 5.30 pagi semata untuk mendapatkan tiket bagi perlawanan separuh akhir kedua saingan Piala Malaysia 2019, diantara Pahang dan Kedah di Perkarangan Stadium Darul Makmur..

Korang semua dah ada tiket ke belum tuu???

Hogoh Pahang Hogoh!!

Thursday, 24 October 2019

Skuad Pahang jalani latihan untuk menghadapi Kedah dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2019.



Rakaman lensa skuad Pahang melakukan sesi latihan bagi menghadapi pasukan Kedah...

Admin harap anak buah coach, Dollah Salleh melakukan yang terbaik untuk perlawanan tersebut..

HOGOH PAHANG HOGOH!!!

Wednesday, 16 October 2019

100 HEKTAR LOMBONG HARAM EMAS DI HUTAN SIMPAN ULU JELAI



UNIT Penguat kuasa (UPK) Pahang Barat, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang menyita seunit palong yang digunakan untuk mengasingkan emas dengan pasir di Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis kelmarin.
Selain itu turut disita masing-masing dua jengkaut serta lori mengangkut bahan galian untuk aktiviti melombong bijih emas secara haram di hutan simpan berkenaan.
Dalam operasi bersepadu itu, makmal pemprosesan emas, pam air dan dua unit enjin kuasa elektrik (generator) yang digunakan untuk melakukan kegiatan perlombongan tanpa lesen turut disita.
Pengarahnya Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, operasi dilakukan selepas pihak berkuasa negeri menerima aduan masyarakat yang mendakwa berlaku pencemaran air di Sungai Serau di sini sebelum ini.
Menurutnya, operasi diketuai Penolong Pengarah Kanan Penguat kuasa Pahang Barat Azmi Mohd Zaindi itu turut disertai lebih 40 penguat kuasa iaitu Pejabat Hutan Daerah (PHD) Lipis; Pejabat Tanah dan Galian (PTG); Pejabat Daerah dan Tanah Lipis; Jabatan Alam Sekitar (JAS); Jabatan Parit dan Saliran (JPS) serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) yang bergabung dan bergerak dalam satu kumpulan.
Katanya, pemeriksaan di Bukit Kenderak yang terletak dalam Hutan Simpan Ulu Jelai menemui kawasan lombong emas kira-kira 100 hektar milik pihak tertentu.
“Saya kesal dengan apa yang berlaku kerana mereka tidak takut dengan peraturan dan undang-undang, mereka mencabar agensi penguat kuasa,” katanya hari ini.
Mohd Hizamri berkata, jabatan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbukti melakukan apa juga kesalahan hutan dan tindakan tegas mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 akan dikenakan.
“Sebagai contoh bagi kesalahan mencuri balak dan bahan galian seperti emas ia menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri apabila pihak terbabit tidak membayar cukai.
“Operasi bersepadu dengan kerjasama agensi berkaitan akan terus dilakukan membabitkan semua kawasan tumpuan di negeri ini,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Oktober 2019 @ 4:58 PM
SUMBER : HM ONLINE/RAFI MAMAT

Monday, 14 October 2019

Banjir kilat di sekitar Kuala Lumpur




Beberapa buah kenderaan terpaksa meredah air banjir selepas keadaan hujan lebat yang menyebabkanya banjir kilat di Jalan Istana, Kuala Lumpur..

P/s.. Berani sungguh pemandu tersebut meredah air....

Sumber :BH Online
Foto:NSTP/Zulfadhli Zulkifli

Sunday, 13 October 2019

2000KG IKAN GELAMA SERAH DIRI.





Seperti pesta, itulah yang boleh digambarkan apabila sejumalah 2ribu Kilogram ikan jenis gelama dapat dinaikkan oleh pukat nelayan di Pantai Peramu. Dan yang paling istimewa, ikan ikan tersebut diberikan percuma kepada orang kampung dan penduduk setempat....

SUMBER : FB PEKABO RODONG

Saturday, 12 October 2019

Cikgu lumba haram


SEPATUTNYA dia menjadi contoh kepada pelajar, namun lain pula jadinya apabila guru lelaki ditahan kerana berlumba haram di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dekat Balik Pulau, hari ini.
Dalam Op Samseng Jalanan 2 pagi itu, guru berusia 25 tahun berkenaan ditahan bersama seorang lagi lelaki berusia 31 tahun yang bekerja sebagai tukang masak.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, guru terbabit menunggang motosikal Yamaha YZF-R1 kuning manakala tukang masak itu pula menunggang Aprilia RSV4 merah.


Menurutnya, dua suspek terbabit didapati berlumba sambil menunjukkan aksi berbahaya yang bukan saja boleh memudaratkan diri sendiri malah turut memberi kesan kepada pengguna jalan raya lain.
“Siastan lanjut mendapati guru berkenaan masih dalam tempoh percubaan dan mengajar di sebuah sekolah menengah di kawasan Timur Laut.
“Dua suspek berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis dan kita merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.
Anbalagan ketika ditanya sama ada dua suspek terbabit bertaruh wang ketika berlumba berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenainya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Pemeriksaan air kencing mendapati kedua-dua mereka bebas daripada sebarang pengaruh dadah,” katanya.
Difahamkan, golongan mat rempit memang menjadikan laluan sepanjang lebuh raya berkenaan untuk berlumba terutama menjelang malam minggu.
Perlumbaan selalunya bermula dari lampu isyarat Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu/Jalan Kampung Jawa sehingga lampu isyarat medan selera Seagate sebelum berpatah balik.


SUMBER : HARIAN METRO ONLINE

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Oktober 2019 @ 11:56 AM

Friday, 11 October 2019

Pengakuan mangsa pengguna Lebuhraya Karak yang pernah DIGANGGU!!!!








SERAM MALAM-MALAM
Pengakuan mangsa pengguna Lebuhraya Karak yang pernah DIGANGGU!!!!
Boleh dikatakan setiap lapisan masyarakat di negara ini mengetahui kisah-kisah mistik yang berlaku di Lebuhraya Karak dan juga Jalan Lama Karak yang ditakuti oleh ramai orang untuk melalui jalan itu khusunya pada waktu malam.
Sebut sahajaLebuhraya Karak iaitu Lebuhraya yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan bandar Karak di Pahang, pasti kita akan sering terdengar kisah Volkswagen kuning, penumpang misteri, langsuir, pasar bunian dan bermacam-macam lagi peristiwa mistik yang yang berlaku
Pengakuan seorang pengguna, Mohd Shakir yang pernah mengalami gangguan ketika menggunakan Jalan Lama Karak tetapi tidak mendedahkannya di mana lokasi sebenar kejadian.
Insiden seram itu berlaku ketika dia bersama rakannya ingin menggunakan jalan lama Karak untuk ke bandar Bentong
Saya bersama dua rakan saya dalam perjalanan ke Bandar Bentong untuk mencari makanan dan ketika itu kami menetap di Suria Hot Spring Bentong selama dua hari untuk melakukan kajian universiti di daerah itu.
Kejadian berlaku kira-kira 2.45 pagi dan ketika saya memandu keadaan yang gelap selepas sahaja selekoh secara tiba-tiba kami terlihat cahaya terang dan melihat orang berniaga di sepanjang jalan itu.
Mereka yang rancak berborak terus terdiam dan masing-masing mendiamkan diri apabila terlihat keadaan seperti itu di tempat yang sunyi.
Sememangnya kami mengetahui itu bukan manusia kerana tiada manusia yang berniaga di jalan lama ini dan berniaga pada pukul 2.45 pagi. Saya hanya membaca ayat Al-Quran di dalam hati.
Namun, lebih mengejutkan lepas sahaja melalui tempat tersebut dirinya cuba menoleh melalui cermin tengah dan melihat keadaan gelap gelita dan ketika itu bulu normanya terus mengermang dan mendiamkan diri sehingga sampai di kedai makan dan tunggu sehingga siang menjelma baru pulang ke hotel semua.
Siapa ada pengalaman kena kacau di jalan tersebut..moh kongsi dengan admin...

update by admin 12/10/2019

TIGA PESAWAT HAWK TUDM KETUAI 'FIGHTER FORMATION' KLCC






KUALA LUMPUR 11 OKTOBER 2019. Ruang udara Kuala Lumpur dikejutkan dengan bunyi deruman enjin pesawat pejuang Hawak (TUDM) dan Typhoon (RAF) melintasi KLCC

Manakala sebuah pesawat Hawk yang diterbangkan oleh Mej Fairul Mohd Rustham TUDM 'Gillete' turut terlibat bagi merakamkan gambar dari udara.
Koordinasi terbang lintas ini telah diselaraskan oleh Lt Kol Hasfa Nyzam Abdul Hamid TUDM 'Soleez' dan Mej Thayala Kumar Ravi Varman s/o Selvakumaran TUDM 'Kunte" bagi memastikan perancangan ini dapat berjalan dengan lancar.
Terbang lintas ini merupakan hasil kerjasama TUDM bersama Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia sempena Eksesais Bersama LIMA yang kini sedang berlangsung mulai 6 Okt hingga 17 Okt 19 di sekitar Laut China Selatan.
Sumber: TUDM MALAYSIA