Jenazah Nurarisha Abdullah, 5, ditemui orang awam sebelum memaklumkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira jam 9.05 malam tadi.
Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Anuar Hassan, berkata seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Indera Mahkota dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mayat mangsa kira-kira jam 9.30 malam.
“Anggota yang tiba di lokasi kejadian menemui mangsa dalam keadaan terapung dan usaha mengeluarkan mayat mangsa dijalankan dengan menggunakan tali,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Difahamkan, mangsa bersama sekumpulan kanak-kanak bermain di kawasan sebuah rumah yang terletak kira-kira 500 meter daripada rumah mangsa petang semalam.
Bagaimanapun, mangsa dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam lubang yang pada asalnya dikatakan tertutup.
Ibu mangsa yang dikenali sebagai Helmi Nordin, 39, berkata anak ketiga daripada empat beradik itu tidak pulang ke rumah selepas bermain, sebelum dia dimaklumkan mengenai kejadian itu.Namun, ketika ditemui di tempat kejadian, dia yang masih terkejut enggan ditemu bual.
Sumber : Berita Harian Online
No comments:
Post a Comment