Merentasi hampir semua daerah di Pahang, sehingga ke Kuala Pahang, peranan Sungai Pahang cukup besar dalam kehidupan penduduk sekelilingnya.
Sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia dan ketiga di negara ini terbentuk hasil penyatuan dua sungai utama iaitu Sungai Jelai dan Sungai Tembeling dilihat semakin ‘sakit’ apabila kekeringan setiap kali negara dilanda fenomena cuaca panas melampau.
Timbul persoalan, adakah mampu sungai ini untuk terus berbakti kepada penduduk sekeliling? Berupayakah ia kekal menjadi sumber bekalan air, jalan pengangkutan penduduk sekitar, perikanan, rekreasi dan lokasi pelancongan?
Melihat kepada situasi semasa Sungai Pahang, kemampuan sungai itu untuk terus berbakti kepada manusia diramal semakin terbatas.
Keadaan sungai yang kering, cetek dan muncul beting-beting pasir sepanjang lebih 3.1 kilometer di kampung itu yang tular di media sosial sehari dua ini telah menimbulkan pelbagai tanggapan dan perasaan.
sumber : Sinar Online
pix : NSTPImages
No comments:
Post a Comment